Saturday, September 7, 2013

Catarina

Assalamualaikum.
Peace be upon with you.


        Aku memandu mencari ketenangan untuk hilangkan rasa ribut Catarina yang melanda perasaan ni. Ribut yang membawa angin selaju 155 km/h itu memusnahkan kedamaian hati aku sama seperti kejadian Catarina mengamuk di Brazil. Sejauh berbatu aku memandu, aku tau keadaan gundah gulana ini akan mengganggu prestasi aku yang ala-ala Schumacher pencen tu. Pantai Kuala Perlis jadi perhentian. Turunnya kaki aku menjejak jalan lalu ke arah pantai. Aku duduk di tepian. Keadaan sekeliling bagai menambah kuasa Catarina yang sedang mengamuk dalam hati ni. Kenapa? Bukan pasal pasangan nakal tapi haram bermesra. Ini cliche. Mata aku tertumpu pada sekawan yang sedang melepak. Mereka 5 orang. Tidak dapat memperincikan seorang demi seorang. Yang aku tahu, aku terbayang sahabat aku di depan mata hadir secara visual namun ghaib di realiti. Rayyan, Mikah, Niel, Syaf dan aku. Kami ketawa dalam sedih, runsing diselesaikan bersama, bertumbuk itu hadiah kadang-kadang, salah sorang menipu kami pasti tau. Serba-serbi kami tahu perihal sahabat. Ada masa Rayyan muka senyum, gelak-gelak tapi aku tau dalam hati dia tengah masam cuka macam celaka. 4 Buaya tu memang tak boleh elak nak sorok perasaan sebenar diorang dari aku. Tersenyum aku sekarang ni sambil melihat pandangan laut, saksi kan jauh-sejauhnya pandangan sehingga hujung kaki langit. Pada zaman tidak cukup ilmu masa itu, golongan cetek akal ini anggap kapal akan jatuh pada kaki langit kerana mereka sangka bumi ini empat segi ! 

"Bro, apahal senyum sorang-sorang ni. Baru keluar dari hospital gila?" tiba-tiba aku disapa mamat mana ntah datang. Random people.

"Assalamualaikum" balas aku ringkas. Nak pastikan mamat ni Islam ke tidak, sebab muka macam bapak ayam dari Siam.

"Waalaikumsalam. Nama aku Dano" ringkas perkenalannya sambil tangan dihulur untuk salam aku.

"Nama aku, Ameer" aku senyum dan tak mampu menyusun kata lain kerana Catarina masih dalam hati.

"Bro, hang ok? Sihat?"

"Sihat Alhamdulillah" Dano tanya aku macam dah kenal aku 10 tahun.

"Dari mana bro? Tengok muka macam bukan orang sini ja" 


"Dari Kolumpo, saja datang jalan-jalan sini"

"Kay-el sana sesak, mana bulih tenangkan pikiran, memang tepat lah keputusan ang mai sini"

"Huh?"


Aku bertambah curiga, pahal lah mamat ni macam bukan lelaki biasa je, jenis golongan tindik telinga kiri ke, mintak-mintak dijauhkan. Seram aku, tapi aku sangka baik sebab kita orang asing datang ke tempat orang kena jaga tingkah laku. Lalu aku ceritakan perihal Catarina.

"Relax bro. Masalah aku dengan hang lebih kurang je. Cuma-" Dano keluarkan sebatang rokok Dunhill dan menghulurkan kotak rokok kepada aku, aku menolaknya kerana tidak mahu menambah penyakit kanser.

"Taknak rokok? uih pelik lah hang. Risau mati awal ke? Tok Wan aku steady ja hidup sampai umur 90 tahun, kadang-kadang rokok aku kena rembat dengan dia lah tapi sekarang dah takdak dah. Dia baru berangkat jauhh nun. Me-" Sambil Dano muncungkan bibir ke arah ufuk bumi.


"Meninggal ke? Innalillah" Cepat2 aku potong cakap Dano kerana kurang separuh iman.

"Dak aihh. Tok Wan pi Mekah buat umrah lagi" aku dah rasa nak benam muka tujuh kaki dalam kat pasir pantai Kuala Perlis ni sebab malu yang teramat. Orang tua tu hidup aku ingatkan dah mati.

"Sorry lah Dano, aku ingatkan Tok Wan kau dah meninggal" Menyesal terlepas cakap. Inilah akibat tak guna filter kat otak terus ke mulut ayat keluar mulut.


"Takpa-takpa. Orang yang takdak separuh iman memang sifat dia lagu tu. Hang ni awat macam ada masalah ja? Muka kusut, takdak nur kasih langsung kat muka hang" sambil Dano menghembusnya asap rokok berkepul-kepul keluar dari mulut.

Berdesing telinga aku bila Dano cakap aku tiada separuh iman tu. Dia ingat aku ni apa? Kapir? ISLAM seperti mana dalam IC. Cuma aku. .

"Hang ni mengelamun pi mana?"

"Eh? sorry?"

"Aku tanya kat hang, awat muka macam taknak terima ketenangan langsung?"

"Aku ok je, cuma pening kepala sikit lah" Aku menipu bersebab. Yelah orang baru kenal, takkan lah nak bagitau segala masalah yang ada ni. Lagipun cara aku memang takkan bagitau masalah aku dengan orang yang seperti Dano. Kawan baru.

"Yelahh noo, takkan lah orang yang kita baru kenal nak sembang pasai masalah memasing"

Haaa tahu takpe. Pandai pun Dano ni menduga.

"Takpa, kita berbual pasal lain pulak noo, buleh?"

"Boleh"

"Hang tengok sana ada amoi bawak anjing dia jalan-jalan"

apahal mamat ni suruh tengok anjing pulak. Apa kes? Nasib baik pandang tak kena samak mata. Tuan dia boleh tahan cun.

"Haa kenapa? Boleh tahan cun jugak amoi tu"

"Bukan, hang perasan tak anjing tu kenal tuan dia?"

"Perasan jugak lah"

"Hang kenai dengan tuan hang? Kenai sapa Pencipta hang? Hang kalau kenai, gerenti satu ribut Catarina ka Tsunami ka, hang relax ja sebab hang ada Tuan yang jaga hang. Awal-awal ugama, mengenai tuhan. Carilah." Sambil Dano menjentik puntung rokok yang kehabisan sisa-sisa akhir tembakau itu.

"Haaa?" Aku tercengang lalu menutup mata sambil terfikir kembali apa yang buat selama aku hidup 24 tahun ni. Aku masih tak kenal Tuan aku lagi ke? Hmm. Menusuk padu jugak ayat Dano ni tepat ke hati aku. 


"Dano, macam mana na--" Termati persoalan aku setelah melihat Dano tiba-tiba lesap dari pandangan aku. Aku dah seram sejuk dah ni. Aihhh ahli sufi ke Dano ni? Muka macam gangster tapi power bagi ayat padu pasal agama. 

"Nah, aku pi beli ni tadi. Awat muka cuak ja tengok aku?" Dihulurnya jagung bakar kepada aku.

"Takdelah, tetiba kau hilang pastu muncul pun tetiba. Ilmu pintu sesuka pintu apa ni kau ada?"

"Mana ada ilmu. Aku pi beli sat ja. Ang tu dok pejam mata lama sangat. Awat?"

"Yelah, kau bagi ayat macam tu. Terpikir gak aku. Eh kau ajar aku lah"

"Aku pun dok belajaq lagi dengan cikgu aku. Takkan aku nak ajaq hang pulak. Apa kata hang mai ikut aku pi ngaji sama. Sama-sama dapat hati tenang. Mau?"

"Boleh, jom-jom" 


Aku mencari ketenangan 
dan diberi jalan oleh Ya-Khaliq.  



-END-  

No comments:

Post a Comment