Saturday, December 28, 2013

Awak

Assalamualaikum.
Peace be upon with you.

Apa perlu saya buat? 
Masa saya teringatkan awak.
Masa saya perlukan awak,
Masa saya nak bercakap dengan awak.
Masa saya cemburu.
Masa tengah sibuk buat kerja, imej awak muncul.
Macam mana saya nak bendung segala perasaan ni?

Beri saja apa-apa idea, cuma jangan suruh saya berhenti dari suka dekat awak. Walaupun cara itu yang paling berkesan, tapi perasaan ini takkan berhenti.

_________________________________________________________________________________

Kadang-kadang aku terfikir,
dia rimas bila aku selalu mesej dia?
dia bosan dengan aku yang selalu kacau dia?
dia turut rasa apa yang aku rasa?

Saturday, December 21, 2013

PEKAK

Assalamualaikum.
Peace be upon with you.

Aku panggil kau,
dengar tak?
puas aku jerit nama kau.

kau buat dek je. 
Pedih tahu dekat hati ni.
TAHU TAK?!
Kau rasa tak apa yang aku rasa?
Jangan,

tak perlu kau rasa pedih macam ni.
Aku sorang rasa je cukup.
Tidaklah kau terasa pedihnya.


*Untuk 4, sila guna substition ini aku=kita, kau=awak
**sorry sebab panggil dalam hati je,,

Sunday, December 15, 2013

Angka

Assalamualaikum.
Peace be upon with you.

Apa ada pada 1? 2? 3? 4? 5? 6? 7? 8? 9? dan tak lupa pada 0?
bilangan yang menunjukkan banyak atau sedikit

Status kaya atau miskin, ya berapa angka duit kau dalam bank.
Usia. 
Dari jadinya kita dalam perut ibu,
Hinggalah ke suatu angka penamat hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Apa ada dengan umur?
Menunjukkan kematangan? 
Bagi aku tidak.
Ada orang muda adakalanya lebih matang dari orang tua.
Tapi aku macam mana?
Sendiri kurang jelas dengan diri sendiri.


Masa hari nak dekat-dekat habis darjah 6,
Aku mintak biodata semua kawan-kawan baik aku. 
kira normal lah aku terjebak dengan biodata2 ni masa dulu. kehkeh..
dan aku juga mintak dekat cikgu ni, namanya Jafny bin Jaapar.
semua lengkap, nama, alamat, dan cuma satu je Cikgu ni taknak tulis dekat buku.
Apa?? TARIKH LAHIR. yep, betul. aku pun pelik, kenapa taknak tulis tarikh lahir ni?
Tulis je kot, tak suruh letak duit pun.
 Aku tanya, "Cikgu, kenapa taknak tulis?" "Kenapa? Kenapa" soal aku dengan rasa tidak puas hati.
Dengan senyum beliau membalas "Cikgu takut nak ingat tarikh lahir cikgu, meingatkan cikgu tentang tua" 
Aku yang masih berumur 12 tahun pada masa itu tercenggang dan ayat yang terkeluar dari aku,
"Amenda lah takut nak jadi tua, lagi best.. takyah pergi sekolah, takyah buat kerja sekolah"

Aku memang malas nak buat kerja sekolah dulu..

Hari ini,
Aku sudah faham kenapa cikgu Jafny taknak ingat tarikh lahir dia.
Aku baru sahaja melangkah, iya BARU eh bukan, silap-silap.
Lagi selangkah menghadapi DUNIA sebenar.
Untuk merasai dunia makin kejam dengan manusia.
Adakah aku silap lagi?
Hmm.
Manusia yang kejam dengan manusia.
Ini yang betul.
Orang atasan, sentiasa mendongak.
Sesetengahnya ada yang bagus menunduk melihat orang bawahan. golongan marhain seperti aku.
Semua angka makin naik.



21 tahun.
Selamat Hari Jadi.
kepada diri sendiri.
Maaf aku tiada apa hadiah untuk diri sendiri.

Saturday, December 7, 2013

Scars

Assalamualaikum.
Peace be upon with you.

I want to say "I LOVE YOU"
Yeah i might be sound cliche

Unfortunately that's the magic word are meant to be.
Being LAME, tricky.
but yes, its a feeling. its a damd TRUE !
no hidden charge. no hidden sins. 

Maybe using Malay words are more into it? Saya Sayang Awak?
I want to use it this words.
Did you want to believe me?
Or are you afraid to believing me? 

You told me the wounds has been healed.
I'm feel glad but . .
Every time humans get wound, there is scars.
and you afraid that scars are gonna be wound again.
I won't hurt your scars. 
Scars can vanished if you. . believe me.
Forget it, don't think to much on your scars. 
it will be ok. trust me. 
Wait. Am I asking to much?