Assalamualaikum.
Peace be upon with you.
Apa ada pada 1? 2? 3? 4? 5? 6? 7? 8? 9? dan tak lupa pada 0?
bilangan yang menunjukkan banyak atau sedikit
Status kaya atau miskin, ya berapa angka duit kau dalam bank.
Usia.
Dari jadinya kita dalam perut ibu,
Hinggalah ke suatu angka penamat hanya Tuhan sahaja yang tahu.
Apa ada dengan umur?
Menunjukkan kematangan?
Bagi aku tidak.
Ada orang muda adakalanya lebih matang dari orang tua.
Tapi aku macam mana?
Sendiri kurang jelas dengan diri sendiri.
Masa hari nak dekat-dekat habis darjah 6,
Aku mintak biodata semua kawan-kawan baik aku.
kira normal lah aku terjebak dengan biodata2 ni masa dulu. kehkeh..
dan aku juga mintak dekat cikgu ni, namanya Jafny bin Jaapar.
semua lengkap, nama, alamat, dan cuma satu je Cikgu ni taknak tulis dekat buku.
Apa?? TARIKH LAHIR. yep, betul. aku pun pelik, kenapa taknak tulis tarikh lahir ni?
Tulis je kot, tak suruh letak duit pun.
Aku tanya, "Cikgu, kenapa taknak tulis?" "Kenapa? Kenapa" soal aku dengan rasa tidak puas hati.
Dengan senyum beliau membalas "Cikgu takut nak ingat tarikh lahir cikgu, meingatkan cikgu tentang tua"
Aku yang masih berumur 12 tahun pada masa itu tercenggang dan ayat yang terkeluar dari aku,
"Amenda lah takut nak jadi tua, lagi best.. takyah pergi sekolah, takyah buat kerja sekolah"
Aku memang malas nak buat kerja sekolah dulu..
Hari ini,
Aku sudah faham kenapa cikgu Jafny taknak ingat tarikh lahir dia.
Aku baru sahaja melangkah, iya BARU eh bukan, silap-silap.
Lagi selangkah menghadapi DUNIA sebenar.
Untuk merasai dunia makin kejam dengan manusia.
Adakah aku silap lagi?
Hmm.
Manusia yang kejam dengan manusia.
Ini yang betul.
Orang atasan, sentiasa mendongak.
Sesetengahnya ada yang bagus menunduk melihat orang bawahan. golongan marhain seperti aku.
Semua angka makin naik.
21 tahun.
Selamat Hari Jadi.
kepada diri sendiri.
Maaf aku tiada apa hadiah untuk diri sendiri.
No comments:
Post a Comment