Saturday, July 20, 2013

Selepas Dunia

Assalamualaikum.
Peace be upon with you.

_________________________________________________________________________________

"Aneyy, bagi teh tarik dengan roti pisang satu" ringkas order aku kat kedai mamak ni. Aku perasan ingatan pekerja mapley ni (kedai mamak) power betei, sebab dia boleh ingat  apa customer tu order tanpa tulis kat kertas! Bayangkan kalau customer tu datang macam rombongan Cik Kiah.
Tergelak aku sendiri. Hurmmm. Oh ya, aku baru perasan yang harini baru aku tersenyum setelah semalam bermuram, kerana insan yang bergelar kawan. Bukan kawan sebenarnya tapi sahabat. 

Setelah 10 minit menunggu, hidangan sampai. Aku hirup teh tarik dengan rasa yang kelat bukan di lidah terasanya tapi dihati. Aku  termenung. Betul cakap kau, Nasrul. Kau pernah cakap dunia boleh menguasai manusia. Baru sekarang aku faham apa maksud tersirat dalam ayat tu. Aku perasan adakalanya manusia ni dalam tak sedar jadi hamba dunia. Ada orang cari duit sampai lupa anak bini, dan lagi parah lupa mak ayah. Ada yang cari hiburan yang terlalu menglalaikan. Ada orang berniaga sampai terlupa tanggungjawab solat lima waktu sehari semata-mata nak kaya, beli rumah berjuta nilainya tapi hakikatnya tiada nilai pada kebahagian diri. Ahh macam-macam ada. 

Agaknya macam mana keadaan kat "sana"?
Gelap? Cerah?
Sempit? Luas?
Seksa? Tenang?

Aku hanya mampu berdoa dan sedekahkan-kau Al-Fatihah. Itu saja yang aku mampu lakukan, sahabat.
_________________________________________________________________________________

*cerita ini adalah rekaan. Sedikit inspirasi dari lagu Fiction - Avenged Sevenfold.

Sedekah Al-Fatihah kepada sesiapa yang telah tiada menemani anda di Dunia ini.


Tuesday, July 16, 2013

Kata

Assalamualaikum.
Peace be upon with you.

_________________________________________________________________________________

Sesambil berdiri di pantai, aku termenung jauh melihat matahari terbenam, indah sungguh ciptaan Tuhan dan aku bersyukur dapat melihatnya. Sesaat ini jugalah segala imbasan kenangan lepas muncul seperti slideshow pakai projector. Salah satu yang terkenang ialah, kekasih. 

Ada banyak patah perkataan yang bermain di hati, namun satu pun tak terzahir suara ini pada kau. Tanpa kau, aku hidup tak menentu. Sudah beribu kalinya aku berjanji pada diri sendiri dihadapan rasa gusar yang tidak bersuara, didepan dirimu. Tiba-tiba mulut aku terkunci terus, mengurung segala kata-kata.

Rasa kasih sayang dan cinta kita sudah jadi perjalanan yang jauh serta melelahkan. Kita berdua berdiri dan berdoa supaya sehaluan di persimpangan perpisahan, seperti mengharapkan bulan jatuh ke riba yang tengah bersila. Aku mahu perkara ini selesai dengan pantas seolah-olah keluar berlari se-erti rasa dikejar T-rex dalam maze yang sangat kompleks. Itulah dimana adrenaline mengesa manusia yang ada di no kelima ketika sukaneka sekolah boleh berubah berlari sepantas Husin Bolt-On Turbo. Kita sudah berada di masa kecederaan di mana inilah noktah akhir. Aku hanya mahu senyum-tawa di muka kau kerana itulah yang paling bermakna. Aku ingin pegang tangan kecil-mu sambil melihat matahari bertukar shift dengan bulan.

Saat ini perkataan yang tidak terucap ialah "I Love You". Aku tak mampu bersedih dan berdiri diam dihadapan kau. Maafkan aku sebab tidak terluah "aku sayang kau" sebaliknya "maaf" yang terucap. 
Kadang kala aku marah, sampai sekarang aku samar-samar di masa kita bercinta. Perkenalan aku dengan kau, masing-masing kononnya pemalu, dah lama kenal rupanya dunia kita sama tonggang terbalik.

Adakah terlambat untuk kita berpatah balik?
Perlu ke masuk satu yang fasa yang berbeza, aku dan kau?
Tiada jalan lain untuk kau kembali?
Kala ini, percayalah kata hati kau untuk aku.


Masih ada banyak kata-kata yang aku mahu kau dengar dan fahamkan. Aku mahu kau . . . . .

"Abang" dengan nada manja suara seorang perempuan lalu memelukku 
dari belakang yang sedang termenung. Ya, kekasih itu telah jadi isteri aku. 
_________________________________________________________________________________

Cerita rekaan semata-mata ini di inspirasi dari lirik lagu 
Kim Jong Kook feat HaHa and Gary - Words I Want To Say To You. Btw, jangan pendam rasa sampai hilang, lain ceritanya nanti. Kalau Plan A tak jadi, ada lagi 25 aksara lagi boleh guna buat plan. Jangan mengalah ! 

Thursday, July 11, 2013

Jack

Assalamualaikum.
Peace be upon with you.
_________________________________________________________________________________


Hairul : Weh Mel, ang ni awat? muka macam nak nak mintak penampaq ja?

Mel    : Gua seteghes ar !

Hairul : Hek leh, pasai pa?

Mel   : Gua baru sedar. Yang gua makin kacak.

Hairul : Harommm ! Jadah ang. Satgi aku penampaq ang, baru ang tau.

Mel     : Lu ni, gua ajak bergurau senda pun tak boleh la. Hidup mesti ada senda dan tawa. 
            Yedak?

Hairul : Yelah Mel, tapi aku tau muka ang macam ni serupa macam ada masalah. Muka takdak 
            'nur' langsung. Kita kenai bukan sehari dua ang tau?

Mel    : Jilake-nyaaa cakap muka gua takde 'nur'. Eh gua ada Nur Hidayah tau. Haa lu ada? 
           Kahkahkah. *diam sekejap* Hurmmm.. Memang aku ada masalah pun weh. 

Hairul : Haa aku dah agak dah wei. Awat? Apa jadi kat Dayah? Dia ngandung ka? HAHAHA.

Mel     : WOI ! Gua ni memang muka penggoda, tapi gua tak buat apa pun. Jilake lu. 
            Kahkahkah. Takdelah, gua rasa gua ni macam takda bakat. Macam apa gua buat 
            semuanya average.

Hairul : Ang nak cakap yang ang ni Jack of All Trades? Yang dikejar tak dapat, yang dikendong 
           berciciran? macam tu ka?

Mel     : haa? maksudnya? Yang Jack tu setail baq angg. Yang Melayu punya macam tak kena 
           dengan jiwa raga gua je.

Hairul : Maksudnya, ang boleh buat semua benda tapi takdak satu pun yang excellent betei. 
            Contohnya, ang reti main Dota, game ni ang pro, game satu lagi ang jadi makanan. 
            Lagi satu, ang reti welding besi dulu masa blajaq kat U, tapi tak berapa kemaih atau 
            cantik. Faham?

Mel    : Lu punya ayat cun ! Betul lah tu, inilah yang buat gua rasa down gila. Gua cari mana   
           bakat yang gua ada tapi. . semuanya tak menyerlah.

Hairul : Relax bro, okey lah ang tau semua benda. Setiap orang, Tuhan kurniakan anugerah 
             lain-lain. Itu yang saling melengkapi. Tuhan tu adil. Yang penting sekarang, ang fokus  
             satu benda yang ang betul-betul minat. People can change. Nasib kita boleh kita ubah.

Mel    : Lu boleh jadi pakar motivasi lah Rul. Ni macam mana lu boleh sesat jadi engineer ni? 
           Jomlah keluar makan, makan asap rokok ni tak kenyang betei. Kali ni gua belanja.

Hairul : Sat, ang nak belanja? Seumpama tengok buaya terbang kat langit. HAHAHA..

________________________________________________________________________

"Jack of All Trades, master of none"

Monday, July 8, 2013

Berharap

Assalamualaikum.
Peace be upon with you.
____________________________________________________________________________________

Hai Awak. 
Pernah tahu tak saya suka awak?
Mestilah tahu, sebab saya berani sangat bagitahu awak.
Pernah terpikir tak hari-hari saya sebenarnya teringat dekat awak?
Mestilah tak pernah.
Sebab awak mana pandang saya.
Memanglah sebab awak dekat selatan,
Saya dekat utara.
Lainlah kalau saya ada "pintu suka hati doraemon"
Saya cuma tunggu perkataan ni je, 
 "saya suka awak jugak"
adakah terluah dari mulut awak kelak?
Saya berharap pada satu keajaiban yang tak pasti.
____________________________________________________________________________________

Jangan berharap. Nanti diri kau yang tertiarap.
Kau punya lah bersungguh-sungguh nak bagi dia nampak kau, pada masa yang sama dia buta. Faham tak dia buta? Dia tak nampak apa-apa pun keistimewaan yang ada dalam diri kau. So, tenang ye, tarik napas dalam-dalam, lagi dalam sambil pejam mata dan lepas. Iye tak salah suka kat manusia nih, aku sendiri pun ada suka someone, tapi tak berharap, sebab aku tau nanti kalau harapan aku tak terbalas, tak ke terkuciwa aku? Kuciwa beb. Aku serahkan pada Ya-Khaliq. Ingat, sebelum berserah dan bertawakal, usaha dulu. Usaha pandai-pandai engko le, dah besau kan? Yang penting, jangan sesekali kau terlalu berharap. By the way, manusia hatinya boleh berubah. Aku selalu cakap macam ni kat kawan-kawan aku, "kalau ada jodoh, adalah". Farewell. Goodluck !
 

p/s: tiada kaitan yang ini dengan crush aku. Crush aku, bukan crush kau. kbye. Jangan maraa aaa..
 

Wednesday, July 3, 2013

Huruf E dan Huruf X

Assalamualaikum.
Peace be upon with you.

Tak tak jangan risau aku tak suruh engko worang belajar ABC. Ok cukup korang baca sampai ABC je, takyah sampai Z. k?

EX. Boleh jadi EX-bf, EX-gf, EX-Student, EX-Teacher, EX-Lima dan bermacam-macam EX lagi yang kau boleh tafsirkan sendiri. Ada satu EX orang duk kecoh2, leceh beb kalau asyik EX ni kau orang kecoh-kecoh kan, meroyan-royan kan. haa kau pun tau EX apa yang aku maksudkan. Pandai, kompom2 pasal 
EX-bf dan EX-gf.

Kau pikir pasal EX korang buat apa? Depa ada ingat kat hangpa ka? Kan dah mai loghat utagha. Lagi teringat, lagi sakit. Nak sakit kan diri sendiri, kenapa? Tak guna pun teringat kat EX, bukannya dia ingat kat kita. ye dak? Ntah-ntah dia dah move on siap ada pakwe/awek baru beb. Padan muka kau. sorry terkejam. 
"alah kau, cakap senang. kau mesti tak pernah bercinta pastu clash" Isk isk isk. Kalau takde pengalaman, aku tak cerita. Dua kali. Cukup. "haa kantoi kau teringat kat EX" ada lah sekali dua tapi takdelah nak meroyan bagai. kehkeh.

Kalau putus cara baik takpe weh, ini lepas putus terus EX jadi bahan cacian makian. Jangan ingat relationship kau rosak punca dia sorang. Takkan mungkin berlaku. Pokok takkan bergoyang kalau takde angin tiup atau orang (hulk) goncang-goncang pokok tu. Cuba kau baring ngadap langit nan indah atau ceiling yang bersawang tu, fikir balik apa sebenarnya masalah relationship korang? Aku pernah buat, pastu aku sedar bukan salah EX aku je tapi ada jugak salah aku ( setia sangat, HA HA HA ). Admit your mistake is not a fault, its courage. Ianya akan ambil masa untuk move on dari EX kau.

Cakap pasal MOVE ON, aku tau benda ni bukan senang. kadang orang siap cakap "cakap senanglah". Memang, hati dah remuk berkecai mana boleh pulih dalam waktu yang singkat (cewaah). Ada berberapa cara orang boleh move on. Terpulang pada masing-masing.


  • Cari pakwe/awek baru ni perkara yang biasa, ada setengah orang pun ada kena game/main gara-gara move on. Si A clash dengan B, C pula jadi mangsa B. Balas dendam katanya.
  • Buang segala benda yang EX kau bagi, jangan tinggal sisa pon hatta hati kau sekalipon.. Tapi EX aku baik, dia bagi balik barang yang pernah aku bagi kat dia. Mulanya aku kecik hati, tapi aku pikir balik, ni kebaikkan dia jugak untuk move on, dan dia dah ada crush baru.
  • Delete teruih no phone. Unfriend pesbuk dia. Unfollow twitter dia. Jenis hati kental, steady je tak buat benda ni. Jenis hati tisu, one word baby.. S A D I S.
  • Baca buku Terfaktab, wuih siap promote. Pasal kehidupan dan untuk yang terfakap macam kau. kahkahkah.
  • Cari hobi baru, berenang, tinju, kumpul stem (ada lagi ke hobi ni?)
  • Sentiasa busykan diri. Ingat pada Ilahi lebih afdal wahai sahabat.
  • Usaha.
  • Berdoa.
  • Tawakal.
Sape yang ada EX tapi dah MOVE ON, kau manusia yang awesome. segala ujian kau dah tepis-tepis. Hiahhhh wacahhhhh. Relaks je. Lepas move on, kau nak kawan balik dengan EX kau apa salahnya. Anggap dia kawan baru. kehkeh. haa tak boleh buat dia macam kawan baru?? Sorry betei kau tak MOVE ON lagi woi. Harap kau berjaya melepasinya.

Sekian nukilan yang tak terkilan ini. Sekadar renungan untuk korang tenungkan sedalam-dalamnya.

Idea

Assalamualaikum.
Peace be upon with you.

"Balik umah ni aku nak update blog, nak cerita pasal bla bla bla" kata Ahmad Daud sambil berdiri dalam LRT yang sesak. Daud sampai rumah, on laptop, on wifi. Bukak blog . . . . . *terdiam kaku. akhirnya berbulan-bulan tak update. Sekian.

Aku pun jadi gak situasi kat atas. Kenkadang idea ni datang tengok mood betei. Idea aku suka datang time aku tak menghadap laptop. Idea datang time aku dok ada atas motor melayan angin-angin deras menghempas badan, segala tok nenek idea ada dalam kepala wotak aku. Nak update kata-kata motivasi lah, short story lah, crush-lah (hai awak) dan pelbagai "lah" yg ada lah tu kan. geddit?

Dan aku sebenarnya kehilangan cerita pendek yang aku nak buat. Sadis weh bila hilang idea ni. Itulah pasal aku merapu di sini. Maaf. kehkeh..

Someone

Assalamualaikum.
Peace be upon with you.

I want give you a flower.
But i don't know what is your favorite flower.
Never mind, this is for you who make me smile all the time whenever i thinking about you :)

 

Tuesday, July 2, 2013

Di suatu ketika

Assalamualaikum.
Peace be upon with you.

"Norma pergerakan manusia duduk, berdiri, berjalan, berlari,
Duduk untuk hilangkan penat lelah sambil mendongak ke langit ciptaan Illahi,
Berdiri dengan kudrat sendiri kerana tiada siapa disisi,
Berjalan teruskan perjalanan di atas paksi,
Berlari mengejar satu jalan ke dunia abadi" - ASR








Monday, July 1, 2013

Pengenalan.

Assalamualaikum.
Peace be Upon You.

Nama aku Ameerul Syaffeq bin Rosley. Aku anak sulung dan merangkap anak bongsu juga. *terfikir perkataan tunggal tak? k . .

"Kenapa nama blog kau perjalanan ketua yang penyayang, damd"

Err. Suka hati aku lah blog aku. ok tak tak. Actually, sebenarnya dah tak ada nama lain yang terlintas.

Perjalanan. yeah dari saat kita lahir, sudah pun bermula cabaran hidup. Yelah dari bermula kau bukak mata, belajar makan, minum, semua itu dah pun menunjukkan satu perjalanan yang aku, kau pun tak tahu bila akhirnya, bukan seperti drama kat telebisionnn tu ada tulis tamatnya bila. Adakah minggu depan? Esok? atau saat kau terkelip mata, pejam buat selama-lamanya?

"Ameerul" its maybe common name with a unique spelling is it? kehkeh.. Ketua / leader. Its different between a boss and a leader, and I want to be a leader.

"Syaffeq" = Penyayang. Aku pernah tanya kat ayah aku, kenapa dia letak nama "Syaffeq" , sebab taknak bagi aku garang sangat. Ok ayah, memang berkesan pun letak nama "Syaffeq" tu. Aku rasa memang effect lah nama seseorang. Aku tak boleh marah orang, cepat rasa kesian, sebab penyayang itulah mungkin ada gadis suka kat aku. kbye

Gabungkan jadi, "Perjalananketuayangpenyayang"

Selesai. Chalooo betei.