Tuesday, July 16, 2013

Kata

Assalamualaikum.
Peace be upon with you.

_________________________________________________________________________________

Sesambil berdiri di pantai, aku termenung jauh melihat matahari terbenam, indah sungguh ciptaan Tuhan dan aku bersyukur dapat melihatnya. Sesaat ini jugalah segala imbasan kenangan lepas muncul seperti slideshow pakai projector. Salah satu yang terkenang ialah, kekasih. 

Ada banyak patah perkataan yang bermain di hati, namun satu pun tak terzahir suara ini pada kau. Tanpa kau, aku hidup tak menentu. Sudah beribu kalinya aku berjanji pada diri sendiri dihadapan rasa gusar yang tidak bersuara, didepan dirimu. Tiba-tiba mulut aku terkunci terus, mengurung segala kata-kata.

Rasa kasih sayang dan cinta kita sudah jadi perjalanan yang jauh serta melelahkan. Kita berdua berdiri dan berdoa supaya sehaluan di persimpangan perpisahan, seperti mengharapkan bulan jatuh ke riba yang tengah bersila. Aku mahu perkara ini selesai dengan pantas seolah-olah keluar berlari se-erti rasa dikejar T-rex dalam maze yang sangat kompleks. Itulah dimana adrenaline mengesa manusia yang ada di no kelima ketika sukaneka sekolah boleh berubah berlari sepantas Husin Bolt-On Turbo. Kita sudah berada di masa kecederaan di mana inilah noktah akhir. Aku hanya mahu senyum-tawa di muka kau kerana itulah yang paling bermakna. Aku ingin pegang tangan kecil-mu sambil melihat matahari bertukar shift dengan bulan.

Saat ini perkataan yang tidak terucap ialah "I Love You". Aku tak mampu bersedih dan berdiri diam dihadapan kau. Maafkan aku sebab tidak terluah "aku sayang kau" sebaliknya "maaf" yang terucap. 
Kadang kala aku marah, sampai sekarang aku samar-samar di masa kita bercinta. Perkenalan aku dengan kau, masing-masing kononnya pemalu, dah lama kenal rupanya dunia kita sama tonggang terbalik.

Adakah terlambat untuk kita berpatah balik?
Perlu ke masuk satu yang fasa yang berbeza, aku dan kau?
Tiada jalan lain untuk kau kembali?
Kala ini, percayalah kata hati kau untuk aku.


Masih ada banyak kata-kata yang aku mahu kau dengar dan fahamkan. Aku mahu kau . . . . .

"Abang" dengan nada manja suara seorang perempuan lalu memelukku 
dari belakang yang sedang termenung. Ya, kekasih itu telah jadi isteri aku. 
_________________________________________________________________________________

Cerita rekaan semata-mata ini di inspirasi dari lirik lagu 
Kim Jong Kook feat HaHa and Gary - Words I Want To Say To You. Btw, jangan pendam rasa sampai hilang, lain ceritanya nanti. Kalau Plan A tak jadi, ada lagi 25 aksara lagi boleh guna buat plan. Jangan mengalah ! 

No comments:

Post a Comment