Assalamualaikum.
Peace be upon with you.
_________________________________________________________________________________
"Aneyy, bagi teh tarik dengan roti pisang satu" ringkas order aku kat kedai mamak ni. Aku perasan ingatan pekerja mapley ni (kedai mamak) power betei, sebab dia boleh ingat apa customer tu order tanpa tulis kat kertas! Bayangkan kalau customer tu datang macam rombongan Cik Kiah.
Tergelak aku sendiri. Hurmmm. Oh ya, aku baru perasan yang harini baru aku tersenyum setelah semalam bermuram, kerana insan yang bergelar kawan. Bukan kawan sebenarnya tapi sahabat.
Setelah 10 minit menunggu, hidangan sampai. Aku hirup teh tarik dengan rasa yang kelat bukan di lidah terasanya tapi dihati. Aku termenung. Betul cakap kau, Nasrul. Kau pernah cakap dunia boleh menguasai manusia. Baru sekarang aku faham apa maksud tersirat dalam ayat tu. Aku perasan adakalanya manusia ni dalam tak sedar jadi hamba dunia. Ada orang cari duit sampai lupa anak bini, dan lagi parah lupa mak ayah. Ada yang cari hiburan yang terlalu menglalaikan. Ada orang berniaga sampai terlupa tanggungjawab solat lima waktu sehari semata-mata nak kaya, beli rumah berjuta nilainya tapi hakikatnya tiada nilai pada kebahagian diri. Ahh macam-macam ada.
Agaknya macam mana keadaan kat "sana"?
Gelap? Cerah?
Sempit? Luas?
Seksa? Tenang?
Aku hanya mampu berdoa dan sedekahkan-kau Al-Fatihah. Itu saja yang aku mampu lakukan, sahabat.
_________________________________________________________________________________
*cerita ini adalah rekaan. Sedikit inspirasi dari lagu Fiction - Avenged Sevenfold.
Sedekah Al-Fatihah kepada sesiapa yang telah tiada menemani anda di Dunia ini.
No comments:
Post a Comment